MATLAMAT
PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH
Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah
untuk memperkembangkan potensi individu secara seimbang dan besepadu meliputi
aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang
seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.
OBJEKTIF
Bagi
mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk
membolehkan murid:
ü Menguasai bahasa
Melayu sesuai dengan kedudukan sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi
negara;
ü Menguasai
kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa
pengantar sekolah;
ü Menguasai asas
yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan
masalah harian;
ü Menguasai
kemahiran belajar & berfikir;
ü Bertutur,
membaca, menulis dan memahami bahasa inggeris selaras dengan kedudukannya
sebagai bahasa kedua;
ü
Memperolehi ilmu
pengetahuan dan berusaha menambahnya;
ü
Membina daya
kepimpinan dan daya keyakinan diri;
ü
Mempunyai pengetahuan,
kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar;
ü
Menguasai kemahiran
saintifik dan teknikal;
ü Memahami,
meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi
dalam lingkungan kebudayaan nasional;
ü
Menjaga kesihatan dan
kecergasan diri;
ü
Menguasai kemahiran serta
membina minat dan sikap yang positif terhadap keusahawanan dan produktiviti;
ü
Menguasai kemahiran
membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran
bagi murid Islam;
ü
Meyakini asas-asas
keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia.
ü Membina semangat
patriotisme;
ü Mengembangkan
bakat dan kreativiti; dan
ü
Mengamalkan sikap dan
perlakuan yang berpandukan nilai murni dan menjadikan asas bagi amalan hidup.