BERITA

Wednesday 26 December 2012

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1


Pendaftaran Murid Tahun 1 Secara Atas Talian (online)

Semalam kami menulis berkaitan Apalikasi Pengurusan Data Murid (APDM) secara atas talian (online) melalui web http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia . Serentak dengan itu juga KPM akan melaksanakan Pendaftaran Murid Tahun 1 secara atas talian (online) melalui capaian web berkenaan melalui menu seperti yang ditunjukkan dalam print screen di bawah.  Web ini boleh diakses dengan Login Id : Kod Sekolah dan Katalaluan: sekolah.


 Pengurusan Pendaftaran Tahun 1 secara atas talian sepertimana berikut:
  • KPM - Sektor Rendah
  • JPN - Sektor Sekolah, Unit Sekolah Rendah
  • PPD - Penyelia Pengurusan Murid / Penyelia Pengurusan Sekolah
  • Sekolah - GPK HEM / Pembantu Tadbir Sekolah
Proses Pendaftaran :
  1. Peringkat Sekolah
    • Pentadbir Sekolah (GPK HEM) mendaftar pengguna
    • Sekolah menerima borang pendaftaran secara manual
    • PT Sekolah Daftar Menggunakan Aplikasi Edaftar Tahun 1 
    • Web bagi menu Edaftar Tahun 1 akan dibuka mulai 20 Mac - 31 Mei 2012
    • GPK Hem membuat pengesahan dan menghantar secara online ke PPD pada Jun 2012
  2. Peringkat PPD
    • Terima pendaftaran
    • Proses penempatan
    • PPD akan memulangkan balik data penempatan kepada sekolah pada bulan Julai
  3. Peringkat Sekolah
    • Terima kelulusan Penempatan bulan Julai
    • Cetak Kelulusan Dan Edar pada ibu bapa pada bulan Julai
    • Menerima pengesahan daripada penjaga mulai 1 hingga 30 Ogos 2012 (tengok prosidur pengesahan di bawah)
    • Rumusan pengesahan penempatan hantar secara online kepada PPD
    • Proses rayuan bermula 1 hingga 30 September 2012 secara online oleh ibubapa/penjaga di sekolah yang telah diluluskan (prosidur rayuan lihat seperti di bawah)
    • Sekolah menghantar data rayuan secara online ke PPD
    • Data keputusan rayuan dihantar ke sekolah yang diluluskan  oleh PPD pada bulan 1 hingga 30 Oktober 2012
    • Sekolah yang diluluskan mengeluarkan surat penempatan kepada penjaga/ibubapa
  4. Peringkat JPN/KPM
    • Memantau secara atas talian
Pengesahan dan Rayuan:
  1. Menerima pengesahan
    • Membuat pengesahan
    • Membuat Tambahan Data
    •  Membuat peringatan 
  2. Rayuan
    • Terima rayuan
    • Menghantar pada PPD
    • Keputusan rayuan
    • Pengesahan rayuan 
Pengurusan Data Pendaftaran
  • Memastikan setiap pendaftaran didaftarkan dalam aplikasi (online)
  • Memastikan pengesahan dibuat
  • Pengemaskinian keperluan data dalam APDM
  • Menyelesaikan pada 15 Disember
  • Proses penempatan ke Tahun 1 mulai 26 Disember
  • Pengemaskinian akhir oleh Guru Kelas Minggu kedua tahun baru persekolahan
  • Pengesahan Data Murid Tahun 1 pada 15 Januari
 Penerangan dan taklimat akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut PPD dijangka pada 25 Mac 2012 dan jadual akan dikeluarkan serta diupload pada web ini.