BERITA

MATLAMAT PENDIDIKAN SEKOLAH



MATLAMAT PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memperkembangkan potensi individu secara seimbang dan besepadu meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.


OBJEKTIF


Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk membolehkan murid:
ü  Menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukan sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara;
ü  Menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah;
ü  Menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian;
ü  Menguasai kemahiran belajar & berfikir;
ü  Bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;
ü  Memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya;
ü  Membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri;
ü  Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar;
ü  Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal;
ü  Memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional;
ü  Menjaga kesihatan dan kecergasan diri;
ü  Menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap keusahawanan dan produktiviti;
ü  Menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam;
ü  Meyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia.
ü  Membina semangat patriotisme;
ü  Mengembangkan bakat dan kreativiti; dan
ü  Mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni dan menjadikan asas bagi amalan hidup.